Wednesday, November 9, 2011

tahniah Tan Sri Dr Ghauth Jasmon



KUALA LUMPUR - Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon (gambar) dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

UM dalam satu kenyataan semalam berkata, pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pelantikan semula itu adalah selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 12(1) Perlembagaan UM, menurut kenyataan itu.

Dr. Ghauth mula berkhidmat sebagai Naib Canselor UM pada November 2008 dan sebelum itu pernah memegang jawatan sebagai Presiden Pengasas Universiti Multimedia selama 11 tahun. - Bernama

No comments:

Post a Comment