Wednesday, June 13, 2012

malaysia vs singapore..frendlymatch 12/6/2012

aku copy dr blog org tentang game semalam..layan ja la erk..hehehe


Assalamualaikum

Tadi baru je lepas tengok perlawanan persahabatan bolasepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Singapura. Dan, akhirnya, pasukan yang 100% pemain Malaysia akhirnya berjaya menewaskan 'pasukan Singapura' setelah kali terakhir mereka berjaya menewaskan jiran di Selatan Semenanjung Malaysia itu pada tahun 2004; ni mengikut apa yang disampaikan oleh pengulas siaran langsung kat tv tadi la. Aku belum sempat nak cari fakta tu lagi...

Perlawanan tadi agak tegang dengan beberapa kekasaran kedua-dua pasukan; terutama dari pasukan pelawat. Termasuk juga la layangan kad merah kepada 'pemain Singapura' setelah beliau melakukan terjahan yang agak kasar ke atas Norshahrul Idlan Talaha. Cuma yang jadi agak kontroversinya ialah apabila Bunyamin Omar yang dah dikenakan kad kuning meluru laju ke arah 'pemain Singapura' dan melanggar sehingga 'pemain Singapura' itu terjatuh. 

Masa tu, aku jangkakan Bunyamin Omar yang akan terima kad kuning ke 2 dan kad merah. Dah la jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan Singapura menunjukkan rasa tidak puas hati dan cuba mencuri perhatian pengadil perlawanan agar melayangkan kad merah kepada Bunyamin. Tetapi 'pemain Singapura' pulak yang dikenakan kad merah. 

Haji Hasbullah Awang punya teori, mungkin masa tu Bunyamin memang meluru dengan laju ke arah Shahrul Idlan untuk membantu merampas bola dari pihak lawan, tetapi sebab terlampau laju sampai tak sempat nak brake sehingga terlanggar 'pemain Singapura' tuh.

Pendapat jujur aku pulak dari kaca tv yang aku nampak, macam Bunyamin cuba bertindakbalas terhadap 'pemain Singapura' tu setelah mengasari Shahrul Idlan. Kalau betul teori Haji Hasbullah tu, takpe la, aku pun gembira. Tetapi kalau Bunyamin cuba bertindakbalas di atas kekasaran 'pemain Singapura' tuh, aku rasa tindakan tuh kurang bijak. 

Mungkin 'pasukan Singapura' menyedari bahawa Bunyamin telah mendapat kad kuning sebelum ini, jadi diorang cuba membuat provokasi ke atas Bunyamin dengan mengasari pemain Malaysia yang sedang mengawal bola. Dan kebetulan pulak Shahrul Idlan berada dalam jarak yang agak dekat dengan Bunyamin. Teori aku la ni... jangan marah yer...ha ha.

Secara keseluruhan, aku berbesar hati dengan kemenangan Harimau Malaya malam ni. Tetapi aku nampak masih agak banyak kelemahan ketara pasukan kita yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

Satu daripadanya ialah mungkin pemain kita senang hilang tumpuan kot. Masa perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar beberapa hari lalu, kita hanya mampu seri 2-2 walaupun peluang keemasan untuk mencipta kemenangan yang lebih manis di gelanggang lawan kita sia-siakan di saat-saat akhir perlawanan. Mungkin faktor padang tiruan boleh dijadikan alasan kot. Malam ni pun aku nampak macam perkara yang sama berulang; di padang yang betul, di gelanggang kita sendiri. 

Nampak macam 'pasukan Singapura' yang lebih banyak menguasai perlawanan, terutama di bahagian tengah padang. Tetap berlaku walaupun selepas 'pasukan Singapura' dah bermain dengan 10 pemain selepas layangan kad merah tu. Dan kita tak mampu menambah jaringan gol walaupun mendapat banyak peluang untuk berbuat demikian. 

2 atau 3 volley yang rasanya lebih baik dimanfaatkan atau disudahkan dengan cara lain. Impian aku untuk perlawanan malam ni ialah nak tengok Harimau Malaya menang besar dan bergaya. Tapi tu la, kecewa la jugak. Cuma beberapa pemain Malaysia sahaja yang buat aku betul-betul kagum malam ni; S Kunalan, Shahrul Idlan, Safiq Rahim dan jugak pemain pertahanan tengah yang botak dan tinggi lampai tuh. Apa nama ntah aku dah lupa. Aku rasa dia boleh jadi pemain pertahanan yang lebih baik sekiranya dia mula bekerja keras di gimnasium untuk membesarkan otot-otot dia. Ketinggian dia dah cantik dah... kena tambah extra muscle je biar jadi macam badan Cristiano Ronaldo ke, Jaap Stam tu ke...kan? 

Tahniah jugak kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya yang berjaya pergi ke Stadium Shah Alam walaupun di hari bekerja. Aku rasa kalau perlawanan ni diadakan pada hujung minggu, pasti jumlah penyokong Harimau Malaya di Stadium Shah Alam akan berlipat kali ganda ramainya.

Semoga pasukan bolasepak Malaysia akan berjaya memperbaiki kelemahan dan mutu permainan mereka, seterusnya menaikkan semula ranking bolasepak pasukan Malaysia di dalam senarai FIFA tu yang dah jatuh merudum. 

Tak sabar nak tengok perlawanan peringkat antarabangsa pasukan Malaysia yang seterusnya!!!

No comments:

Post a Comment