Saturday, February 2, 2013

period pain

aku xtaw la org lain mcm mana tp aku mmg teruk kot..time skolah dulu pernah aku hampir pitam sbb period pain nie kan..ubat terbaik dtg2 ja period trus tdo..supaya time sengugut 2 aku xmerasa sgt..mmg kena tido pun..klu xtdo mula la nmpak suma benda kuning n rasa nak pitam..penah aku dtg period time nak blk skolah..aku g skolah jalan kaki ja sbb dekat kan..so time nak blk 2 xboleh nak balik..berpeluh-peluh badan disebabkan period..so duduk kat pondok dulu smpai terpaksa suh cousin aku pggil cikgu antar blk..smpai umah ja nmpak mak aku terus menjadi-jadi sengugut aku berguling-guling..nak perhatian n manja ngan mak latew..hahaha..ada juga time aku cuti skolah kot aku period then p la nak berak tp xleh berak pun smpai berpeluh-peluh n muntah hokey..time 2 mmg xtahan n xmalu dah pggil menjerit- jerit pggil mak aku..mak aku pun dah kesian sgt antar aku g klinik..mmg kena cucuk kat bahu la nak buat cmna lg kan..time skolah xpa la mak aku ada..tp time kat uni risau gak aku klu period..mmg kena berdikari la..nasib leh handle n period pain pun memahami aku..cuma satu hari 2 gedik dah taw period ingat xsengugut so pergi la tgk netball ekut zue..nah...smpai2 ja trus nak pitam..berpeluh-peluh bagai..padahal dlm air cond..zue dah taw dah aku punya ubat kena tdo..so dia bawak aku baring kat sofa..then reff2 lalu duk tgk aku baring diorg suh aku g ppum naik ambulans..so naik la yg si zue follow ngan moto ekut blakang..smpai2 dah dpt kerusi roda yg xda angin pas2 kena tggu lama nak checknya pun..satu kolej dtg melawat..sengal..aten,kak ciah ,kak huda n kc dtg naik teksi..last2 malas sgt nak tggu aku blah blk cm2 ja..trus sihat..reff2 la nie kecoh.aku dah ckp lepas tdo aku ok ttp risau tkt aku teruk..siap mlm selepas kejadian 2 aku g tgk bola lg..mrB punya game..hahaha.. now senggugut aku dah xteruk la..kdg2 ja senggugut kdg2 ok..so aku dah menjadi perempuan yg normal ok*klu senggugut pun normal gak kan..hehehe risau gak dulu ada yg ckp senggugut teruk ssh nk beranak n mengandung la..kuasa ALLAH S.W.T..siapalah kita nak menentukan..hahaha cewah..aku ada baca artikal mengenai apa itu senggugut...meh aku share..hehehe



Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.
Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.


p/s: so nak hilang kena kawen..hahahaa *motif sgt

No comments:

Post a Comment