Thursday, February 28, 2013

tnb open 2013


hari 2 aku ada janji nak update pasal kejohan tnb open kan..cobra telah menghantar 5 team iaitu 4 team lelaki dan 1 team perempuan..nama2 team lelaki cobra alpha, cobra bravo, cobra charlie dan cobra delta..manakala perempuan cobra angels *angels sgt...hehehe aku xberapa reti nak terangkan sgt pasal game nie so aku copy la dr blog cobra..hehehe 

27 Februari - Pelbagai aksi menarik, taktikal permainan, keputusan mendebarkan dan drama dapat disaksikan sepanjang dua hari Kejohanan Kelab Kilat di Bangsar minggu lalu.
Namun, selesai semua perlawanan akhirnya pasukan MBPJ dan Legend dinobatkan sebagai johan bagi kategori wanita dan lelaki.
Bagi pasukan Cobra sendiri, tirai kejohanan untuk tahun 2013 tentunya dibuka dengan harapan yang tinggi.
Walaupun tidak pulang dengan gelaran juara, namun aksi dan komitmen pemain ternyata begitu tinggi.
Apatah lagi untuk pasukan wanita Cobra Angels, setinggi tahniah diucapkan apabila merangkul gelaran naib johan selepas akur dengan ketangkasan MBPJ di final.
Cobra Bravo yang diketuai oleh Kie pula tetap berpuas hati ditempat ketiga apabila terkandas di separuh akhir kepada Royale.
Bravo bagaimanapun bangkit pada perlawanan penentuan tempat ke-3/ke-4 membenam Xtreme.
Satu lagi pasukan yang menunjukkan kebangkitan membanggakan sudah tentunya Cobra Delta diketuai Huzir.
Bergelar juara pada peringkat kumpulan, nasib ternyata tidak memihak kepada Delta apabila tewas tipis kepada Legend 8-6.
Dua lagi pasukan Cobra yang bertanding ialah Cobra Alpha dan Cobra Charlie. Walaupun melepasi peringkat kumpulan, bahkan Charlie disebut-sebut mampu menjadi finalis namun terkandas diperingkat kedua.
Buat semua pemain, kapten, pengurus dan penyokong setinggi tahniah atas segala komitmen serta semangat juang yang tinggi.
Semoga Cobra terus unggul di pentas sukan bola jaring.
Cobra one clap, two claps, three claps
* Jom hujung minggu ini ke Subang Jaya pula untuk kejohanan Majlis Perbandaran Subang Jaya


grouping cobra angels


team cobra before perlawanan


final vs mpbj...aku berubah posisi nmpaknya wd..hehehe

aksi gedik...

naib juara..dpt hadiah cerek elektrik aka kettle bersama wang tunai rm1500





No comments:

Post a Comment